Total Pageviews

May 22, 2013

Persediaan Matrikulasi (KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN)

Assalamualaikum

hehehe tajuk di atas dah boleh angkat kening da.. ceyy saya terpanggil untuk meng-post pasal matrik.. Suasana macam mana.. LOL~ anyway im alumni KMNS 12/13 tak sampai sebulan pun lagi keluar matrik. Ada lah a few orang tanya how's matrik? Okay ke tak? Susah ke nak score? Kena buang ke kalau gagal? Macam-macam lagi.

So ni based on my pengalaman dekat matrik for almost one year. Untuk pengetahuan kalian semua (cewah) saya amik account. So life budak akaun dengan budak sc ade sedikit perbezaan. Sikit jelah. Dari segi time management.

Soalan pertama,matrik tu susah ke?

Okay ni jenuh saya nak jawab. Phew~ ajet! hehe okay ni first soalan saya tanya dekat ex matrik. Matrik ni tak dah la susah sangat,kalau kita struggle,buat apa yang lecture suruh insya Allah senang je flow kita nak berjaya tu. Tips nak berjaya kat matrik ni senang je,jangan couple and focus! hehehe tapi ade je yang couple maintain 4flat every sem. Bergantung pada rezeki masing-masing.

Soalan kedua,suasana belajar matrik macam mana?

Hmm,sebagaimana kalian tahu matrik ni kan ala-ala sekolah sikit. Tapi pack lagi dari sekolah. Bezanya dengan budak form six baju je. hehe okay okay. Start kelas pukul 8 smpai 11/12 pagi then rehat sampai pukul 2 (untuk sem satu) kadang-kadang sem satu ni bahagian kolej matrikulasi baik hati bagi rehat smpai 2/3 jam (for account) budak sc selalunya paling lama rehat pun 2 jam. Nak bagi tahu la kan, 1/2 jam rehat tak cukup sebenarnya. Dekat sinilah(matrik) awak semuakan akan menhargai masa (cewahh lagi) then lepas zohor sambung smpai pukul 4/5.. Selalunya budak account paling lama pun sampai pukul 4. Ada kuliah and tutorial. Untuk sc pulak tambah dengan amali. Kuliah ni mcm kita belajar teori la,then dekat tutorial class baru hentam lecturer dengan soalan bertubi-tubi hehe

Subjek budak akaun ada 4 perakaunan,ekonomi,pengurusan perniagaan,matematik. Extra subjects macam english,koko,agama dan kemahiran dinamika. Mesti pelik kan,kemahiran dinamika ni mcm dia latih kita punya attitude la. Gituuuu~

Soalan ketiga,pakaian macam mana?

Untuk ke kuliah/tutorial korang kena pakai baju formal baju kurung untuk perempuan,lelaki kena pakai baju kemeja dengan seluar slack hitam. Lelaki kena pakai stokin,perempuan nk pakai pakai la.. Takdak siapa nak check pun :D Kasut pvc hitam. Nak pakai colourful pun boleh,tapi kalau kena tangkap dengan fellow pandai-pandai jawab la. hehe peraturan matrik perempuan melayu tak diwajibkan pakai tudung. But hmmm as a Muslim kita tahu tutup aurat tu wajib kan? So fikir-fikirkan :) Pakaian koko nanti dapat masa minggu orientasi. Korang akan dapat 2 helai t-shirt. So far my batch baju koko paling lawa hehehe amboi riak pulak disitu. Just kidding ~

Soalan keempat,roommates macam mana?

Haa,faveret uols.. Dulu pun saya noob,kalau boleh nak roommates kawan sekolah menengah. Tapi dekat matrik dah ditentukan siapa roommates kita. Korang doa la bebanyk supaya dapat roommates yang baik hati,bertimbang rasa,amik berat,kaki study. Alhamdulillah la,saya dekat matrik dapat floormates yang baik awesome gitueee. Roommates pun besstt kerennnn~ hehe Mungkin korang akan dapat yg non-muslim. So respect la each other okay,tak lama pun kat matrik setahun/2 tahun ja :)

Soalan kelima,boleh bawa barangan electrik ke?

Jawapannya boleh sayang! :) Barang electrik tu mcm laptop ke ipad ke.. Jangan di bawak heater or iron. Sebab dah disedia kan dah. Dont worry. Macam kolej matrikulasi yang senior (lama) mcm KMNS,KMM korang kena save electrik sikit sbb semua dah centrelize kan. Kalau terlebih guna electrik nnt electrik down.. Susah wooo~

Soalan keenam,nak makan macam mana?

Heee,dont worry! Banyak gila cafe kat matrik.. Especiall KMNS,hehehe cafe D terdeabek okay! hehehe *thumbs ups* makanan korang kena beli sendiri. Takde dewan makan,just cafe. Kena beli sendiri. Kan dapat elaun,melantak la korang sampai gemuk sihat mcm saya *kening-kening* korang boleh pilih nak makan dekat cafe or bilik... Saya lebih suka makan kat bilik,nnt nak makan comot-comot takdak siapa pasan hehehe

Soalan ketujuh,kawan mcm mana?

Huuu~ kawan? Hm,kawan je dengan semua orng kalau boleh.. Tapi nak betul-betul kawan pilih la kawan yang benar hehe takde laa.. Pandai la pilih kawan. Nobody perfect kan,so pandai2 la.. Mungkin korang akan dapat kawan kaki study,kaki ponteng kuliah/tutorial,kaki tidur.. Semua la.. Tapi yang penting niat tu penting! heheh ttbe semangat! :)

Soalan killer,apa kelebihan matrik?

HAHAHA omg omg~ Ni lawak! Kelebihannya,matrik kan one of the fast track programme.. So ni advantage korang nak cepat dapat degree,dengan syarat korang punya pointer haruslah 3.0 above.. Nothing impossible.. Sebab matrik kan sambungan dari sekolah.. Yang penting stay focus!! Tapi kalau korang dapat asasi better amik asasi sbb degree pun dah dapat U tu jugak.. Kalau matrik kena isi balik UPU hermm hermm... Kalau diploma pulak 3 tahun paling singkat.. Tapi kelebihan budak diploma,diaorng belajar banyak benda. Kira expert gila gituue~ hehe

Rasanya sampai sini jelah soalan-soalan yang saya ingat hehe ada pape nak tambah sila jangan malu jangan segan.. Boleh la comment! :) hehe sharing is caring kannnnn *tayang love*

Btw matrik selalu je takde air and electrik.. So korang kena ready lah! hehehe serious nanti korang kena mandi dekat surau la,tandas kuliah la.. even mandi dekat rumah pensyarah kut ! hehehe

Kalau nak tau,saya sem satu main-main tau.. Macam blur2 sbb tak faham sistem pembelajaran matrik macam mana. Korang kena rapat dengan pensyarah.. Pensyarah paling banyak membantu,lepastu rakan-rakan and last diri sendiri! 

Yang penting nak berjaya tolong jangan ponteng kuliah dan tutorial.. Maka rugi lah mereka yang memonteng kelas! Serious talk,yelah bayangkan kalau boleh every week nak kena cover one chapter.. Dengan tutorial lagi. Memang pack!

Tapi saya banyak main-main la... Teruk gila.. Hmm tah apa la keputusan final exam PSPM 2 ni cane.. Doakan yaaa !

Last but not least,I hope that i might help some people out there yang nak p matrik 27/5 ni. Goodluck okay! Setting niat sebelum masuk matrik! Niat kerana apa? Lillahitaala~

Maaf terkasar bahasa terguris bicara ewaaahh~
Nanti share-share la pendapat anda di comment box bawah ni ^_^









GAMBAR MASA ORINTASI kihkih cowiii~

6 comments:

Anonymous said...

akak rindu cafe D kmns, :( makanan dia sedap, hik hik

Nurul Nadiah said...

Kan?! saya kalau mengidam nak makan ulam2 cafee d mari haha

Faeytynn Zayn said...

terima kasih atas info ni kak nadiah sbb sye msuk kmslangor :)

Anonymous said...

assalam kak nak tnya pelajaran yg kita belajar di form 5 tu ada ke yang akan kita apply di kolej matrikulasi ?

Miss Rara said...

Salam kakak, terima kasih atas info di atas hehe cuma nak tahu, kalau nak sambung degree tu senang tak nak dapatkan course pilihan kita? sebab saya dengar juga kalau matriks ni, senang dapat kos lelong :3 btw, saya dapat kmns ;))

Nurul Nadiah said...

to miss rara :)

Bagi akak kan,bergantung pada nasib jugak. Ada je yang results tak berapa tapi dapat course best. begantng pada results jugak :) jangan risau,mostly matriculation senang dpt course yg diaorg nak ^_^ barakllahfik