Total Pageviews

January 23, 2019

Pengalaman Mengandung dan Bersalin❤️

Pergh dah setahun lapan hari aku tak update blog. Dah selamat setahun anniversary nikah. Dah mengandung and bersalin da pun ahakz

Okay harini free sebab anak aku tidur so shall we start the entry with assalamualaikum.

Aku sebenarnya bersemangat sangat nak cerita pasal mengandung,bersalin and jadi ibu selama 8 bulan setakat ni hihihi

Okay aku start dengan mengandung dulu occay.

Nak dijadikan cerita, masa aku kahwin tu aku tgh bulan mengambang. Aku ni org cakap bunting pelamin. Ha pandai2 la fikir bunting pelamin tu apa. Rezeki Allah nak bagi cepat. hehehe alhamdulillah. Macam mana aku boleh detect aku ngandung? Ha ni part paling drama okay. Period aku alhamdulillah normal, so aku akan curious sangat kalau aku lambat. Hatta sehari. Sumpah time tu nervous noks. Pastu aku beli la UPT dekat farmasi. Nervousnyaaa.

Esoknya aku buat la. Lepas bangun tidur pagitu terus check. The result..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


double line. Haa nampak kan yg lagi satu tu jarang jeeee
Lepas aku check tu terus keluar cmni. Aku dengan happy nya deny cakap nak ngandung. Sekali tunjuk dekat kakak aku. "dik ni ngandung ni" weiii aku nervous. Perasaan bercampur terox weh. Dengan time tu aku PJJ dengan husband. Tak tau nak gembira or sedih. Yelah. Aku da la tak kerja lagi. Hahah tunjuk dekat mak aku terus dia ckap. "tahun depan dapat cucu ke-10 lah kita" wuaaaaa.

Alhamdulillah sepanjang aku pregnant tak pernah munta whatnot. Aku syak aku pregnant sebab sakit gila pinggang. Pastu emosi aku serious tak betul. Mmg jadi mangsa laki aku lah. hahah cian. maaf abg. So bermula la episod ulang alik klinik.

Masa check dekat klinik tu test urine. So jumpa dr. Mcm biasa lah "tahniah puan,puan mengandung" tapi still baru lagi la. Baru 5 weeks time tu. Yang aku stress sbb kena ulang alik klinik sorg2. I need my husband. Wuwuwuwuwuw  aku punya active time tu Tuhan jela tahu. Tak duduk diam. Masuk second trimester baru aku mcm malas2. hahahaha dasar dugong gemok.

Masa kandungan aku masuk 4 bulan baru aku duduk sekali dengan suami aku dekat JB. Masa akhir bulan Jan 2018 aku warded dekat HSA,JB sbb kencing manis. Tinggi huhu seminggu duduk situ. Nasib dapat kawan2 yg senasib dengan ku. Wuwuwuw sampai skg still keep in touch. Hi wardah,saleha and kak bella <3

Smggu lepas check UPT tu husband balik.. yehuuu :D



Gambar atas ni time ni aku mengidam nak makan tomyom dekat tempat dating selalu. Tak tak sama dgn yg dulu. Sedih :( pape pun thanks mak ayah abg layankan kerenah preggy mommy ni

Aku alhamdulillah mmg tak de morning sickness. Aku boleh je bau pape. Selera makan tinggi. Tu berat aku dri 60kg last before bersalin 87kg. Bising gila dr hahahahaha makan sedap je. Apa nak semua dapat. Tapi ade satu je aku xdpt2 sampai skg. KETUPAT SOTONG. Mana nak carik?!! Nasib Aaisyah tak meleleh air liur hahaha

Masa third trimester tu. Kaki da start bengkak. Actually aku start bengkak masa second trimester lg. Bengkak like bengkak gila. Tak sakit cuma tak selesa. Aku teringt masa raya cina tahun lepas, balik JB naik bas. weh 14 jam dlm bas. Bengkak weh kaki. Nangis aku dlm bas. Esok tu mmg aku qada tidur. hahaha!!

Spjg aku mengandung muka takde la teruk sgt naik allergic. Jerawat mcm kurang. Cuma tak de seri jela. haha alaa biasa la ibu mengandung kan. Tapi serious la. paling gemuk dlm hidup aku ni. 27kg naik.. nak turun susah :( ya Allah cepat la Nadiah kurus balik. Tak larat bwk badan. haha alasan bf kan anak tak relevant occay nadiah.

Spjg aku mengandung jugak, 3 kali. First bulan Jan, second bulan 4 masa week 33 cmtu. third masa bersalin.

Second time aku masuk ward tu sbb Aaisyah dalam perut tak gerak weh. Bayangkan sehari x cukup 10 gerakakn. Selalu active. Menangis2 la aku wei.... Lama plak aku ddk ward. 8 hari tau. Monitor gula. Lepas tu buat dexa. Dexa ni bg paru2 baby matang. Sbb dr nak keluarkan aaisyah week 37. Sbb aaisyah besar dlm perut. hahaha eleh padahal xde la besar mana.



 contoh makanan dekat hospital. haha tawar rebeh..... kurus weh serious tak tipu. rebus bakar je. garam xde haha


Ni dua hari sblm aku warded kali kedua. Makan2 dekat melaka. Esoknya mandi kolam dekat melaka.
Banyak sgt makan.

 Aku ni da biasa kena cucuk2 ni. So relaks. haha laki aku yg nervous. 

Masa hari mengundi tu aku tak balik Bahau sbb yela warded. Nangis di bucu katil aku x balik. Nasib bukan BN yang menang hahah so worth it warded dekat hospital. Anyway nurses dekat HSAJB sngt la baik. And very helpful weh. Masa ddk ward mmg asik kena buat CTG je. haha bising dengr jantung baby. Dah sarat pun kena solat juagk... Aku sejak 4bulan pregnant mmg dah solat ddk kat kerusi. tak mmpu nak rukuk. Pernah la aku cuba solat berdiri. Hmm nak bangun balik punya la payah. Masa ddk ward kan, mcm2 cases aku jumpa. Uri da kat bwh lah, kena ceaser la. Mcm2. Setiap ibu mengandung tu pengalaman berbeza. Just enjoy the journey.

Fast forward, lepas aku warded kali kedua tu dr bg tarikh masuk ward 24/5/2018. Okay ni semangat okay. Masa tu da puasa. Aku tak puasa pun sebulan weh. Sbb lapar weh hahahaha cian baby and mama nnt.

 Ni da ready nak warded hehehe thanks suami <3

Masa warded tu aku sampai dalam 9 pagi. Masa lunch tu aku makan. Lepas lunch dr masukkan ubat. Alaa aku lupa la masukkan ubat tu nama dia apa. Dia check lalun da bukak berapa. Bru dua cm. Pastu dr masukkan ubat dekat bwh ni. Wei sakit :( ganas tau dr tu buat. adoi, hilang da malu aku. Da la dr cina. Sampai skg aku igt muka dr tu hahahah! Nurse ckp lepas msukkan ubat tu sejam kena baring atas katil.

Weh aku baring je terus da kuat kontraksi. KONTRAKSI SAKIT OKAY!! BEAR IN MIND CONTRACTION SAKIT!!! Aku ni xpernah kena period pain, so xpernah tau pun mcm mana sakit dia. Rupanya contratcion tu mcm kita tahan nak berak. Tapi 10 kali gnda sakit. Sakit sgt :( aku distract la dengn main candy crush. Nak tidur pun x lena weh. Aku sempat solat asar je. Magrib isyak burn sbb time tu mmg da sakit sgt. Last meal aku makan pun lunch tu. Aku x minum air apa ke semua tak. Sbb sakit. Dah la sorang2 time tu. Petang tu baru la mak ayah abg dgn pakuda dtg. Time tu nak jalan pun x larat weh. Sakit sgt. Aku tak mandi pun. Just tukar baju.

Malam tu aku sorang. Tgh sedap2 tidur, pukul 11 tu air ketumban aku da pecah. Banjir weh katil. Fyi, air ketuban ni mcm air kencing. Tapi jernih. Dia turun sndiri. Nasib bukan dr pecahkan. Dr check jalan baru 3cm. Aku da gelabah. Terus call laki aku ckp nak bersalin sbb nurse nak bwk aku g labour room.

Masuk labour room pkul 12 cmtu. Mana la laki aku ni tak sampai2 lagi. Rupanya dekat rumah dia pun sama mengelabah *gelak banyk2* hahaha hadoi.... Aku da la sakit sgt ni. Pkul satu lebih baru la hsbnd sampai. Time tu aku tidur. Tapi tiap kali contraction aku trjaga sbb sakit sgt. Suami aku genggam je tangan aku sambil selawat. Setiap satu jam bukaan cm aku buka 1cm. sampai la 8 cm dr tanya nak teran tak? weii aku tak reti teran. aku lupa segala benda yg aku baca. dr ckp xpela tggu da 10 cm.

Penat :(

Masa nak tggu 10 cm tu tiap kali contratcion aku berak hahahah!! lantak laa. da dr suruh berak je hahahaha haishhh bilik tu da mcm apa tah. suami aku still kat sebelah. Awww

Okay dah 10 cm!! Time to push....

Masa aku nak teran tu ade 3 org nurse. Nurses je okay. Dr takde. Okay nurse ckp teran mcm awak nak berak tapi panjang. Pkul 4 cmtu aku teran lama jugak la aku cuba. Aku xde energy. Minum air pun x. Penat sgt :( nurse da marah. Sbb kepala Aaisyah dah nampak. Suami aku usap2 kepala aku, dia siap tgk lagi kepala aaisyah nak keluar. dia bisik dekat aku "sayang push sayang, kepala da nampak da tu" aku pucat teruk kot. Sekali ade dua org dr sampai. sorang lelaki dan perempuan. Yg dr perempuan tu mcm da benggang tgk aku xpush2. Risau dia bawak vacuum je. Sampai dr india lelaki ni, dia tolak2 perut aku awwww sakit!!!!! aku teran kuat2 smpai kena gunting hahahahahaha sampai bontot kayy gunting. mas kena gunting tak sakit. Masa nak jahit. Allah jelah tahu aku menangis mcm apa :(

lepas aku da bersalin tu, suami g buat sujud syukur. hehe nurse tak sempat nak sahur. kesian suami aku. dia pun barai. masa nak jahit tu menangis2 aku weh.. sakit.Darah banyak keluar. lepas aaisyah keluar, dia ddk dekat dada aku. Aww hangatnya.. Comel mama love you baby <3

Lepas aaisyah keluar aaisyah kena berpisah dengan aku wuaa sedih. Tak dpt bf dia. 8 hari aaisyah dekat ward sorg2. Mama iz sedih. Tapi mama kena kuat. masa mama sorg2 dekat ward mama nangis terkenangkan aaisyah. Takpe la asalkan aaisyah sihat. Lepas da sedar bangun tidur tu, pitam rasa. Muka mmg pucat takyah cerita. buruk haha bibir pun kering. BERSALIN IS PENAT REAL PENAT !!! be prepare okay mummy <3
 

Terima kasih abg,doktor dan nurse hospital sultanah aminah.


 Pada 25 Mei 2018 jam 4.26 pagi selamat la aku melahirkan puteri sulung ku. Nama di beri Nur Aaisyah Auliya bt Mohd Saiful Amnan ❤️

Nasihat aku
-sblm bersalin kena makan banyak2 supaya ade tenaga
-jangan amik air selusuh awal sgt
-mindset kena betul. 
-contraction pain sgt SAKIT okay hehe
-be prepared
-bykkn baca al-quran
-solat taubat
-doa banyak2 dipermudahkan bersalin

itu saja. Nanti part berpantang and jadi mama aku cerita lain okies.

Thank you for reading ❤️



1 comment:

caHayA pembUkaAn haTikU said...

dik.. baru baca kisah ko dik.. haha.. sis pulak takut nak mengandung lagi sekali.hahha