September 20, 2016

Drafted Thoughts

Salam and selamat sore!

Minggu ni rasa batuk and selsema and bersin tak sudah. Huhu semalam migraine teruk sebab minum nescafe kot. Pastu hari tu dekat Bahau pun da migraine. Huish teruk. So anak-anak namao minum caffaine overdose okay. Bahaya. Nanti jd mcm hakak T_T Semoga sakit ni penghapus dosa kecil. Amin~

So tadi on the way balik kerja dengar Hot Fm. Tajuk pasal marah kot tak sure.. Hm, si A ni  cerita lah. A marah sangat dengan kawan dia. Dah 3 tahun tak bertegur sapa. Tahu sebab apa? Sebab kawan si A tu bagi cadangan pergi makan dekat satu restoran ni. Kawan si A ni cakap sedap,sekali tak sedap. Punya la mengamuk mcm orang gila. Si A tu tengking kawan dia dekat restoran tu jugak depan org ramai. Dengan angkuhnye si A cakap, "saya bab makanan memang cerewet..."

and i was like....
Bro,kau patut bersyukur dapat makan. Ni tak di makinye kawan dia tu. Ish ish. Point dia sebenarnya sikit je. Sebab salah bwk kedai. Sampai putus kawan,sampai tak bertegur sapa 3 tahun. Pergh 3 hari pun da dosa.

Hidup ni bukannya lama mana. Nak bermasam muka sampai bila? Mati tu bila2 masa je. Lagi2 kalau ada penyakit. You know,yg sihat pun boleh mati. Kenapa masih lagi nak sombong nak bertegur sapa..? Senang ke hati tu kalau ada salah dengan orang lain. Why so ego to ask for forgiveness? Tak jatuh maruah pun kalau minta maaf dulu. Kadang2 pasal benda kecik jadi besar sebab terasa,padahal takde benda pun. Takpe minta maaf dulu,kalau org tu taknak maaf kan takpe. At least minta maaf :)

Hehe terover plak.

Ni kes kalau gaduh dengan tunang je. Pergh malam tu mimpi mcm2 lah. hiks! tapi tu la masih ego taknak minta maaf dulu. Huhu terpaksa la cik tunang tu beralah sentiasa. sorry sayang :D

Sentiasa lah meminta maaf dan memaafkan... Maafkan sebanyak kita nak Allah ampunkan kita. Kan?

Thank you for reading! xoxo


September 18, 2016

Walk Away

The right time to let everything go. Berlapang dada. Maaf aku kalah lagi. Kalah dengan diri sendiri. Aku boleh dilabel tidak matang sekarang. I choose to stepback rather than to face it. I'll keep silent. I will walk away from you.

Tanpa dengar apa2 perjelasan. Terus dilabel. Hm, takpe dah biasa. Semoga berbahagia. Aku selalu doakan. Jaga diri serta iman. Lupakan semua the bad things we've done together. Moga ada yang lebih baik.

Aku penat....

Terima kasih untuk semua memori tercipta.. Moga yang lebih baik menanti.


No one will be with you forever, the door will always swinging open and close. Love the people who enter,let go the people who leave. Don't hang :)

Tutup garis

---------------------------------------------------------------------------------------------

September 17, 2016

Unseen Battles ~

Salam

Ketemu lagi kita. As i promised, i will update it tonight. Now its 0138. i should be sleep,but nahh. Cuti bro esok hihi

Semua orang ada battle dia sendiri. Samaada dengan partner,kawan2,families or finance. It could be anything right. Chezzy huh?

I cant recalled when is the last time me and mr fiance going to heart to heart talk moment. We usually talk in car. Hahaha gaduh pun dalam car. Nak pujuk ke nak nyanyi also in car. Oh yea, last February i think. We go into deeper conversation. Which is a real talk as a fiancee. Hahah sebab before this i anggap dia kawan je. Kawan baik yg i share everything with :D

He now is fighthing to be the better one.
Aku selalu doa lepas solat semoga Allah tetapkan hati Muhamad Saiful Amnan. Kuat kan hati dia. Tinggikan iman dan taqwa dia. You know, doa is miracle kan? So dont stop praying for your loves one.

Terima kasih sebab sudi kongsi cerita awak dengan kita. Sebenarnya, aku punya banyak gila rahsia diri sendiri. Aku tak selalunya open cerita pasal rahsia aku dekat orang. But you're the exception. He just know 1/3 of my life. Heheh treasure more okay sayang? :D

I was worst then.
Aku sendiri hampir give up dengan diri sendiri.

Sepanjang setahun, almost dua tahun berkenalan dengan saiful amnan. Dia banyak sedarkan aku. Oh i was so ego back then and im so childish. hahaha bear with me saiful amnan. Bila aku cerita masalah dengan kawan-kawan aku. Aku pernah cakap something really bad. haha dia respon "tak baik awak cakap macamtu, awak bukan perlukan saya sorang je. awak perlukan kawan2 awak jugak"

Hahah susahnya jadi Nurul Nadiah ni. Banyak hati aku nak kena jaga. Sampai hati sendiri yang sakit. Rahsia tetap rahsia kan. Baru thrill sikit hidup ni. Jangan terlalu open sangat but jgn terlalu syadid jugak. Kena balance. Pandai2 la nak hidup hahaha

Aku jugak tengah fighthing battle with myself! Gambatteh Nadiah. Semoga Allah permudahkan.

Hah da ngantuk. Till then.

Thank you for reading! xoxo

 HEHEH MORE INSTAX PHOTO TOGETHER SOON, INSHALLAH

September 16, 2016

New Design

Salam
 
Sejak makin tua ni design kemain semua nak simple and sedap mata aku sorang je memandang. AHAKZ! 

So whatsup people?
Antek tak new design blog kite? *winks eyes* entah rasanya buat masa sekarang aku suka jenis macam ni. simple and tak heavy sgt. Oh ya since today is Malaysia's Day, aku cuti. Sekarang pun dekat Bahau. Hm, kalau aku tahu kan dekat office takde orang kan aku cuti weh. Dah la exect aku cuti kot seminggu. Got nothing to do. *nangis tepi bucu katil*

Melangngok je dekat office. Tanya other exect semua macam tak tau nak kasi kerja dekat intern mcm aku ni. Hm *geleng2 kepala* 

Oh btw i would to ask you guys (acah2 ade pembaca yedak)

Pernah tak.... Plan bagai nak rak with someone. Like nak hangout or travel ke menda. Last minute cancel? Like aku dah serious excited pastu tetiba tak jadi... Aku rasa mcm errrrrrrr takpe ah i get used to them. Sedih gak. But i would do something better la,utk merawat luka di hati. Pui pui. Contohnya makan or tidur. Yeay tidur..! Benda paling best buat hehehe
 
Banyak sebenarnya thoughts to sharing with you guys.. but nanti okay. Doakan supaya aku istiqamah nak update blog. Because i miss blogging so much. wahahah tak serajin zaman sekolah sampai 2/3 kali nak update. Hoho

Maybe malam ni. Who knows? hehehe

Till then.

Thank you for reading! xoxo



September 08, 2016

Sweet 22 !

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa utk terus berusah menjadi yang lebih baik dan positive dengan manusia sekeliling.

Jadinya, pagi tadi (07092016) macam biasalah nak g kerja. Pagi tu dah hujan lebat. Pkul 5 macam tu guruh kuat gile sampai terjaga. Pastu hujan lebat smpi la pukul 9 camtu. Aku da fikir cmne ni? Mesti lambat masuk ofis. Usually kalau hujan pagi train akan ade problem tau. Mmg lambat gler nak tunggu plus ramai org.

So tadi aku keluar urmah 750 am. Pastu tgk dekat Lrt Damai ramai org. Tgk train x gerak2. Rupanya landasan lrt dekat klcc terbakar. Ya Allah bahaya betul. Ni maybe effect sebab guruh kuat kot. Ganggu power lrt tu. Pastu semua org mcm stress pagi td. Dekat lrt Masjid Jamek,KL Sentral lagi la ramai org. Semua org either masuk halfday or cuti terus.

Ha,aku stress tguu sampai 3 jam. Last2 tak masuk ofis,aku g tabung haji masuk duit aku dengan cik tunang. Pastu lepak jap dekat Tabung Haji tu, lunch semua dalam kol 1 aku gerak g Lrt Ampang Park. Husihh tak settle lagi. Padahal masatu dah kol 1.15 kot. Lama gler. Rupanya train dari Damai berhenti ke Ampang Park and patah balik ke Gombak. Such a chaos harini. Baru Allah uji sikit. Teruk betul hati manusia,especially diri sndiri. Kesabaran kena tinggi ye duduk KL ni.

Pastu cik abg suruh g tempat dia. Huishhh tunggu dia lagi la lama. haha sejam. Tak muncul2. Rupanya nak suprisekan iols.. Eeee ngade lebih.. Baru nak bebel. Terus tersengih2 tau. hehehe cayunk lebih ah cmni :D


Memang nak belon cmni hehehe maceh yang :*

Kek oso sedap ngat2. hahah kau ade ke sambut birthday dekat parking lot. dekat bonet kereta? haha

Tak jadi nak marah tau. Terus tersenyum sipu sambil muka merah. Kahkahkah
Tak expect pun sambut dekat sini and berdua and ditemani kereta hahaha
Creative sangat la sayang oi :')




HAHAHA YE AKU SEMANGAT NAK POTONG KEK.

 Okay sesi makan kek dalam 10 minit cmtu. haha si saiful tak habis2 muka annoying dia haha sabo jelah.
Pastu kitaorng g Ikea Damansara. ahaha sama cm last year. Makan meatball. Tapi kali ni aku yg belanja. Oh ya,pasal belon tu. hahaha padahal da survey dekat kedai dekat Pavilion dah. Sayang got no chill la. Rahsia pecah hahah dia cakp belon 22 tu xde haha yg ade 21. Kang terasa muda plak nnt

Sebenarnya tengah tahan nangis. What a suprise. okay what?! hehe maceh awak :*


 same je menu dengan last year :)

Heheh tahun ni rare sikit dapat wish. Tak boleh blah diaorg cakap "jangan tanggal tudung nadiah". Ceh acah-acah muka Uqasha Senrose doh. Aduhai lawak betul.
Yang tak boleh dielak. Kahwin.... 
Terima kasih doakan kite cepat kahwin. Ye mmg tak sabar nak kahwin. Tapi hold on dulu. Degree pn xdapat lagi,job pn x secure lagi. Saving pn kelaut
Inshaallah tahun depan. InshaAllah. Panjang umur,mewah rezeki. InshaAllah. Semoga di permudahkan. Amin.

Mak pagi tadi call. Mak sing a song
"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my dear
Happy birthday to you..."

Sumpah kiut... Nak peluk mak erat2 sekali balik nnt. 

Pastu ayah mesej.
"Happy besday"

Ayah. Terima kasih. Adik sayang ayah.

To my dear emak ayah,
I love you so much
much and much
Semoga kalian di pjgkan umur dan sempat melihat aku berhasil pada masa akan datang. Amin

Ya Allah,sungguh aku tiada daya upaya.
Kau kasihani dan rahmati la kedua ibubapa ku
Kau jaga lah setiap langkah mereka
Payung mereka dengan malaikat mu
Sesungguhnya ibubapaku tiada galang gantinya.

Thank you for all loves and support 
Sayang mak ayah :* :*

With future in laws. InshaAllah tahun depan.

Thanks semua yang wish dan mendoakan. Semoga Allah pulang balik apa yang kalian doakan. Amin :)
Happy day. Alhamdulillah. 

xoxo,
Nadiah.