Total Pageviews

December 14, 2016

23/24

InshaAllah my last day of internship will be on 23rd Dec which mean next week.
Maksudnya,segala report and logbook need to be done before habis sebab nak kena minta sign manager pulak.

Bila kenang balik. I was sooooooo grateful and thankful to be a part of PETRONAS family. Never in a million year,aku dapat naik sky bridge yang da lama gila teringin nak naik for free. Alhamdulillah for this opportunity.

Meeting a lot of new people. heheh kadang-kadang kita jangan pandang rendah dengan orang, Nahh! Sekali speaking berhabuk... Most of my colleagues semua ex student oversea and most of them PETRONAS sponsorship student. Ngee~ Haritu ada la mai talks pasal CPA tu. Hm,they said that depa da tak recruit non-sponsorship in petronas. I was like okay~ rezeki aku dekat tempat lain inshaAllah.

Walaupun aku tak berapa banyak kerja, nk menyesal tu sikit lah haha sebab teringin jugak nak buat audit and account ke. Hehehe takpe lah. Nanti lah ada rezeki buat la. InshaAllah. Aku banyak buat assessment for banks and corporate. Banyak gila kena main dengan words. I think that my english has improve from time to time. Hm,kena read and speak a lot.

Excited nak habis at the same time fikir balik bila lg nak dapat peluang ni.
Btw any suggestion for farewell gifts?? segan la tak tau nak bgi apa. sbb diaorg baik sgt. walaupun suka sakat iols T_T
I am going to miss Petronas KLCC so much......

November 23, 2016

In The Mood

In the mood nak nangis,marah,gelak at one time. hehehe ceritanya the torture start last week. Not a real torture. Its really depressing when people put high expectation on you. Grr....

Benda senang jadi complicated bila hari ni cakap lain, esok nya surh buat lain. Na na na~ Sampai di tanya.. " Nadiah pressure ke buat slide ni?"
I do, a bit.

For 6 days, searching and reading the same things. Bila tanya, dia marah and high pitch suara taknak kalah. Nah! And kalau marah, aku akan sebut the b***h words. Over and over sampai marah tu reda sendiri. ish teruknya seorang nadiah. Dah la aku pun suka cakap bukan2 kalau marah. Ya Allah. Double teruk...

Let's pass this week peacefully..!
Semoga slide presentation nurul nadiah cantik and nadiah tak gagap nak presentation internship this Friday. InshaAllah...

Mak ayah & saiful amnan..i need your semangat & doa :(
-Mental koyak-

Thanks for reading! xoxo

November 20, 2016

Skincare routine and my office makeup look :D

For almost two months tak update,here i am. Ceh!
I'm back with my skincare routine and my everyday makeup. cewah cewah!

Biasalah jerawat tu perkara biasa ye anak-anak. Slow2 okay lah kot. Since aku pun kadang-kadang suka tukar face wash. Mcm nak try jela mana yg suit for my skin. So far takde yg bertahan. Dari hada labo,fantablous skincare,safi. haha safi kot paling lama. Sbb masa sekolah dulu pakai yang tu je. Garnier. you name it.

Okay lets get started!


1-Eversoft tomato and cucumber (face wash)
2-St Ives Apricot Scrub (face scrub)

First, face wash. Aku guna eversoft tomato and cucumber. Ngee lepas guna rasa kulit muka soft je.. Aku guna 2/3 kali sehari. Kalau hari kerja dua kali sehari,kalau cuti 3 hari sekali. Pagi&malam je..
Lepas guna facial wash, kena lah scrub muka. Utk hilangkan black and whitehead. Aku guna 3 kali seminggu. Jangan guna hari2,rosak la muka uuuuuu nanti hehe st ives best. Dia ada banyak lagi scrub. tea tree lah. Aku pilih apricot sebab muka rasa halus lepas guna. Boleh dapat facial wash and scrub dekat watsons or guardian.

1- Freeman avocado&oatmeal clay mask 
2-Cucumber peel-off mask

Next, mask. Dedua best.  Tu pun kalau rajin guna mask. hahahhaa ikut kerajinan nak pakai. If nak pakai guna twice a week okay! Aku suka yg no dua,sbb kalau dia dah dry,perghhh enak sekali kalau tarik.Dedua from freeman. Boleh carik dekat watsons and guardian also :D


1-Aiken toner  
2- Nature republic aloe vera as moisturiser
3-Aiken tea tree moisturiser
4- Nixoderm as acne lotion

Okay lepas cuci muka pakai toner,moistoriser and sebelum tidur pakai nixoderm tu. Tuk kecutkan jerawat. Sakit sikit. Tapi tahan la nak cantik kan hahaha yang sekarang ni aku tak tau mcm mana nk hilangkan scar. Any suggestion. Anyways, yg nature republic tu best giler! Boleh utk hilangkan sunburn. Best! Sejuk je lepas pakai. Biasanya memang pakai aloe vera before apply foundation. Takde la melekat sangat.

Okay next!

1-Sendayu tinggi tinted moisturizer
2-Sendayu tinggi doll skin foundation
3-Cathy DollNefertiti Contour Kit
4- Kiss beauty eyeshadow pallete
5-Cathy doll eyebrow powder (dark brown)
6-Wet and wild lipstick matte natural colour
7-Nyx dewy finishing setting spray
8-Garnier Micellar cleansing water

Okay before apply foundation kena pakai sunblock. Yeap dedua from ST. Okay lepas tu kalo rajin buat contour dekat jawline and pipi (kalo rajin) pastu pakai blusher and highlight from the same pallete. Kalo extra rajin pakai eyeshadow. Usually pakai kalau time tak boleh solat je. Kalo solat pakai la sikit warna dark brown or dark maroon. hehe yang warna tak berapa nak terang. Okay lepas dah siap pakai lipstick. Since mr fiance tak suka iols pakai colour merah,maka sis telah beralih kepada warna2 earth. Warna2 soft. hahaha mcm warna salmon pink or orange. Yang penting semua natural. Gittue~ oh lupa! Aku punya eyebrow ni mcm hidup segan mati tak mau. Samar2 je hehe so aku pakai cathydoll eyebrow powder which is very natural. Taknampak harsh pun. Before this suka pakai warna hitam which is nampakkan muka lg garang,jd pakai warna dark brown. Baru nampak bebaik ciked kehkehkeh!

1- Avon press powder
2-Essance all about matt fixing powder

Okay lepas da pakai foundation kena pakai press powder. Nak nampk natural effect gitue. Lepas tu letak sikit fixing powder. Function dia taknak bg muka berminyak. Last for 7 hours okay hahaha lepas dah pakai powder, last sekali pakai setting spray. To lock the makeup. At least for 8 hours. hehehe since aku punya setting sprat tu dewy finish,last2 akan nampak oily acah2 korean face. Nampak mcm lawa,actually oily gler hahaha.


suka shining2 dekat muka tu hahaha!
 Thats all!
K bye!

Thanks for reading! xoxo

September 20, 2016

Drafted Thoughts

Salam and selamat sore!

Minggu ni rasa batuk and selsema and bersin tak sudah. Huhu semalam migraine teruk sebab minum nescafe kot. Pastu hari tu dekat Bahau pun da migraine. Huish teruk. So anak-anak namao minum caffaine overdose okay. Bahaya. Nanti jd mcm hakak T_T Semoga sakit ni penghapus dosa kecil. Amin~

So tadi on the way balik kerja dengar Hot Fm. Tajuk pasal marah kot tak sure.. Hm, si A ni  cerita lah. A marah sangat dengan kawan dia. Dah 3 tahun tak bertegur sapa. Tahu sebab apa? Sebab kawan si A tu bagi cadangan pergi makan dekat satu restoran ni. Kawan si A ni cakap sedap,sekali tak sedap. Punya la mengamuk mcm orang gila. Si A tu tengking kawan dia dekat restoran tu jugak depan org ramai. Dengan angkuhnye si A cakap, "saya bab makanan memang cerewet..."

and i was like....
Bro,kau patut bersyukur dapat makan. Ni tak di makinye kawan dia tu. Ish ish. Point dia sebenarnya sikit je. Sebab salah bwk kedai. Sampai putus kawan,sampai tak bertegur sapa 3 tahun. Pergh 3 hari pun da dosa.

Hidup ni bukannya lama mana. Nak bermasam muka sampai bila? Mati tu bila2 masa je. Lagi2 kalau ada penyakit. You know,yg sihat pun boleh mati. Kenapa masih lagi nak sombong nak bertegur sapa..? Senang ke hati tu kalau ada salah dengan orang lain. Why so ego to ask for forgiveness? Tak jatuh maruah pun kalau minta maaf dulu. Kadang2 pasal benda kecik jadi besar sebab terasa,padahal takde benda pun. Takpe minta maaf dulu,kalau org tu taknak maaf kan takpe. At least minta maaf :)

Hehe terover plak.

Ni kes kalau gaduh dengan tunang je. Pergh malam tu mimpi mcm2 lah. hiks! tapi tu la masih ego taknak minta maaf dulu. Huhu terpaksa la cik tunang tu beralah sentiasa. sorry sayang :D

Sentiasa lah meminta maaf dan memaafkan... Maafkan sebanyak kita nak Allah ampunkan kita. Kan?

Thank you for reading! xoxo


September 18, 2016

Walk Away

The right time to let everything go. Berlapang dada. Maaf aku kalah lagi. Kalah dengan diri sendiri. Aku boleh dilabel tidak matang sekarang. I choose to stepback rather than to face it. I'll keep silent. I will walk away from you.

Tanpa dengar apa2 perjelasan. Terus dilabel. Hm, takpe dah biasa. Semoga berbahagia. Aku selalu doakan. Jaga diri serta iman. Lupakan semua the bad things we've done together. Moga ada yang lebih baik.

Aku penat....

Terima kasih untuk semua memori tercipta.. Moga yang lebih baik menanti.


No one will be with you forever, the door will always swinging open and close. Love the people who enter,let go the people who leave. Don't hang :)

Tutup garis

---------------------------------------------------------------------------------------------

September 17, 2016

Unseen Battles ~

Salam

Ketemu lagi kita. As i promised, i will update it tonight. Now its 0138. i should be sleep,but nahh. Cuti bro esok hihi

Semua orang ada battle dia sendiri. Samaada dengan partner,kawan2,families or finance. It could be anything right. Chezzy huh?

I cant recalled when is the last time me and mr fiance going to heart to heart talk moment. We usually talk in car. Hahaha gaduh pun dalam car. Nak pujuk ke nak nyanyi also in car. Oh yea, last February i think. We go into deeper conversation. Which is a real talk as a fiancee. Hahah sebab before this i anggap dia kawan je. Kawan baik yg i share everything with :D

He now is fighthing to be the better one.
Aku selalu doa lepas solat semoga Allah tetapkan hati Muhamad Saiful Amnan. Kuat kan hati dia. Tinggikan iman dan taqwa dia. You know, doa is miracle kan? So dont stop praying for your loves one.

Terima kasih sebab sudi kongsi cerita awak dengan kita. Sebenarnya, aku punya banyak gila rahsia diri sendiri. Aku tak selalunya open cerita pasal rahsia aku dekat orang. But you're the exception. He just know 1/3 of my life. Heheh treasure more okay sayang? :D

I was worst then.
Aku sendiri hampir give up dengan diri sendiri.

Sepanjang setahun, almost dua tahun berkenalan dengan saiful amnan. Dia banyak sedarkan aku. Oh i was so ego back then and im so childish. hahaha bear with me saiful amnan. Bila aku cerita masalah dengan kawan-kawan aku. Aku pernah cakap something really bad. haha dia respon "tak baik awak cakap macamtu, awak bukan perlukan saya sorang je. awak perlukan kawan2 awak jugak"

Hahah susahnya jadi Nurul Nadiah ni. Banyak hati aku nak kena jaga. Sampai hati sendiri yang sakit. Rahsia tetap rahsia kan. Baru thrill sikit hidup ni. Jangan terlalu open sangat but jgn terlalu syadid jugak. Kena balance. Pandai2 la nak hidup hahaha

Aku jugak tengah fighthing battle with myself! Gambatteh Nadiah. Semoga Allah permudahkan.

Hah da ngantuk. Till then.

Thank you for reading! xoxo

 HEHEH MORE INSTAX PHOTO TOGETHER SOON, INSHALLAH

September 16, 2016

New Design

Salam
 
Sejak makin tua ni design kemain semua nak simple and sedap mata aku sorang je memandang. AHAKZ! 

So whatsup people?
Antek tak new design blog kite? *winks eyes* entah rasanya buat masa sekarang aku suka jenis macam ni. simple and tak heavy sgt. Oh ya since today is Malaysia's Day, aku cuti. Sekarang pun dekat Bahau. Hm, kalau aku tahu kan dekat office takde orang kan aku cuti weh. Dah la exect aku cuti kot seminggu. Got nothing to do. *nangis tepi bucu katil*

Melangngok je dekat office. Tanya other exect semua macam tak tau nak kasi kerja dekat intern mcm aku ni. Hm *geleng2 kepala* 

Oh btw i would to ask you guys (acah2 ade pembaca yedak)

Pernah tak.... Plan bagai nak rak with someone. Like nak hangout or travel ke menda. Last minute cancel? Like aku dah serious excited pastu tetiba tak jadi... Aku rasa mcm errrrrrrr takpe ah i get used to them. Sedih gak. But i would do something better la,utk merawat luka di hati. Pui pui. Contohnya makan or tidur. Yeay tidur..! Benda paling best buat hehehe
 
Banyak sebenarnya thoughts to sharing with you guys.. but nanti okay. Doakan supaya aku istiqamah nak update blog. Because i miss blogging so much. wahahah tak serajin zaman sekolah sampai 2/3 kali nak update. Hoho

Maybe malam ni. Who knows? hehehe

Till then.

Thank you for reading! xoxo



September 08, 2016

Sweet 22 !

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa utk terus berusah menjadi yang lebih baik dan positive dengan manusia sekeliling.

Jadinya, pagi tadi (07092016) macam biasalah nak g kerja. Pagi tu dah hujan lebat. Pkul 5 macam tu guruh kuat gile sampai terjaga. Pastu hujan lebat smpi la pukul 9 camtu. Aku da fikir cmne ni? Mesti lambat masuk ofis. Usually kalau hujan pagi train akan ade problem tau. Mmg lambat gler nak tunggu plus ramai org.

So tadi aku keluar urmah 750 am. Pastu tgk dekat Lrt Damai ramai org. Tgk train x gerak2. Rupanya landasan lrt dekat klcc terbakar. Ya Allah bahaya betul. Ni maybe effect sebab guruh kuat kot. Ganggu power lrt tu. Pastu semua org mcm stress pagi td. Dekat lrt Masjid Jamek,KL Sentral lagi la ramai org. Semua org either masuk halfday or cuti terus.

Ha,aku stress tguu sampai 3 jam. Last2 tak masuk ofis,aku g tabung haji masuk duit aku dengan cik tunang. Pastu lepak jap dekat Tabung Haji tu, lunch semua dalam kol 1 aku gerak g Lrt Ampang Park. Husihh tak settle lagi. Padahal masatu dah kol 1.15 kot. Lama gler. Rupanya train dari Damai berhenti ke Ampang Park and patah balik ke Gombak. Such a chaos harini. Baru Allah uji sikit. Teruk betul hati manusia,especially diri sndiri. Kesabaran kena tinggi ye duduk KL ni.

Pastu cik abg suruh g tempat dia. Huishhh tunggu dia lagi la lama. haha sejam. Tak muncul2. Rupanya nak suprisekan iols.. Eeee ngade lebih.. Baru nak bebel. Terus tersengih2 tau. hehehe cayunk lebih ah cmni :D


Memang nak belon cmni hehehe maceh yang :*

Kek oso sedap ngat2. hahah kau ade ke sambut birthday dekat parking lot. dekat bonet kereta? haha

Tak jadi nak marah tau. Terus tersenyum sipu sambil muka merah. Kahkahkah
Tak expect pun sambut dekat sini and berdua and ditemani kereta hahaha
Creative sangat la sayang oi :')




HAHAHA YE AKU SEMANGAT NAK POTONG KEK.

 Okay sesi makan kek dalam 10 minit cmtu. haha si saiful tak habis2 muka annoying dia haha sabo jelah.
Pastu kitaorng g Ikea Damansara. ahaha sama cm last year. Makan meatball. Tapi kali ni aku yg belanja. Oh ya,pasal belon tu. hahaha padahal da survey dekat kedai dekat Pavilion dah. Sayang got no chill la. Rahsia pecah hahah dia cakp belon 22 tu xde haha yg ade 21. Kang terasa muda plak nnt

Sebenarnya tengah tahan nangis. What a suprise. okay what?! hehe maceh awak :*


 same je menu dengan last year :)

Heheh tahun ni rare sikit dapat wish. Tak boleh blah diaorg cakap "jangan tanggal tudung nadiah". Ceh acah-acah muka Uqasha Senrose doh. Aduhai lawak betul.
Yang tak boleh dielak. Kahwin.... 
Terima kasih doakan kite cepat kahwin. Ye mmg tak sabar nak kahwin. Tapi hold on dulu. Degree pn xdapat lagi,job pn x secure lagi. Saving pn kelaut
Inshaallah tahun depan. InshaAllah. Panjang umur,mewah rezeki. InshaAllah. Semoga di permudahkan. Amin.

Mak pagi tadi call. Mak sing a song
"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to my dear
Happy birthday to you..."

Sumpah kiut... Nak peluk mak erat2 sekali balik nnt. 

Pastu ayah mesej.
"Happy besday"

Ayah. Terima kasih. Adik sayang ayah.

To my dear emak ayah,
I love you so much
much and much
Semoga kalian di pjgkan umur dan sempat melihat aku berhasil pada masa akan datang. Amin

Ya Allah,sungguh aku tiada daya upaya.
Kau kasihani dan rahmati la kedua ibubapa ku
Kau jaga lah setiap langkah mereka
Payung mereka dengan malaikat mu
Sesungguhnya ibubapaku tiada galang gantinya.

Thank you for all loves and support 
Sayang mak ayah :* :*

With future in laws. InshaAllah tahun depan.

Thanks semua yang wish dan mendoakan. Semoga Allah pulang balik apa yang kalian doakan. Amin :)
Happy day. Alhamdulillah. 

xoxo,
Nadiah.

August 25, 2016

Random Talk About Life {recently}

I promise to update my blog like twice a week or more often. Tapi hahaha tak rajin nak bukak laptop.
So takde idea nak letak apa post title tu. Jadi kita type je dulu k.


Well i quite a long time since i type panjang-panjang like crazy. hahaha hows your life by the way? Mine was so super fine and awesome and cool tapi ada je my moody days. hehehe biasa la kan. Lagi2 kalau nak period tu. Asik nak nangis amenda tah emosi kenot control bebeh.

So recently aku ada update pasal tempat intern. My intern should starts on 13 June. Yeap aku intern seminggu dekat Cheras Business Park. hahaha tu la tak dengar cakap seniors. Padahal dapat je offer dekat area rumah tpi wehhhh sape nak reject if they offer higher pay like RM1.5k haha lagi aku tgh fikir nak kumpul duit kahwin. Dan2 aku reject semua offer. Aku g dengan Iza. Nasib ada Iza weh masa first week intern tu. Tkde la pisang sangat. Penat sangat kerja kat sana. Tak boleh main phone,borak,pastu kan aku intern masa puasa. Nk solat pun xde tempat. Bayangkn ko thumbprint je terus buat kerja. Penat weh. Migraine aku.

Aku tiap kali berdoa tolong la dapat offer tempat lain. Last day Jumaat masa first week intern tu alhamdulillah Allah makbulkan doa aku. Petronas call. Dia offer intern dekat situ. haha the rest is history. So yeah, aku sekarang intern dekat Petronas which is takde kaitan dengan account. I do more in finance. Ade account tu sikit mcm baca financial statement tu. Sekali dia sruh buat analysis. heheh nasib dapat supervisor yg baik hati sudi ajar aku yg lambat ni eheheh

Aku start intern dekat Petronas after raya haritu. 11/7. So dekat sebulan lebih jugak lah. Biasalah kan minggu first tu tak banyak kerja so main phone jelah. Tapi yg tak best bila ada cakap2 belakang. hahahha aku rasa aku kena get used bila org ckp belakang sebab aku pun sama je. hahaha kadang2 tak puas hati cakap belakng kan? heheh ish bila nak stop tah.

So kita kena belajar terima teguran. Terima dengan hati terbuka and selalu take positive side. Lagi2 aku ni baru je nak hidup. I mean aku kan tak pernah kerja sebelum ni. Mental physical kena kuat. Doakan aku kuat. InshaAllah.

So far so good lah kat situ andddd very bersepah ye budak unikl intern kat situ ahahaha mcm pergi mana2 pun jumpa muka familiar. hehehe so setakat ni takde plak kena buli buat benda merepek apa. serious. Bersyukur sangat dapat Leman,Mus and Kak Lin. Yes,kak lin quite serious when its come to work ahaha tapi kat luar boleh buat kawan gittue.

Since kerja kat Petronas weols hari2 g kerja pakai makeup okay hahahahaah eyeshadow blusher bagai. yelah masa g kelas haritu tak macamtu pun. bayangkan la kelas engko sehari sekali. gila ko nyah hahaha

Apa beza kerja dgn belajar isss malam2 kau takyah stay up siapkan assignments (eceh mcm la dlu aku stay up sgt) ye kerja penat sikit. tapi kat petronas relaks banyak kot. hehe aku kalo ngantuk sgt tidur la dlam setengah jam. haha ada satu hari tu aku tdr, silent phone. ttbe kantoi plak dengan Leman (my sv) hahahah cover baik punya haha

Okay enough with my working life... Lets move to my personal life. ahaha to be exact pasal aku dengan encik tunang.

Recently, we have a huge fight. HAHAHAHA aku tak sure mcm mana si saiful ni boleh sabar dgn aku ahah oh lupa dia bersabar dgn aku sebagaimana aku bersabar dengan dia. hahah fair enough. Really. Sampai nak putus tunang. Omg kemon sayang, kalau sy tengah marah jgn layankn marah sy tu. Awak diam je hehe tak pun pujuk. Huishh nasib la time gaduh tu dia pujuk baik2. hukhuk aku lak emosi lebih siap drama air mata bagai. nyampah tau.

Semoga dedua bertabah lah. Pasal kahwin tu hm kalau boleh nak sangat kahwin awal. Yelah. Selalu jumpa kan. Mesti la ada org ketiga. Yg cucuk2. Bagi api kemarahan tu naik huhu tapi apakan daya. Duit simpanan pun takde lagi. ugh! haha kalau ikutkan plan hujung tahun 2017 inshaAllah. Lepas ayah pencen. hehehe ayah syg lettew nak lepaskan aku. yelahhh aku kan intan payung makayah hikhik so korang doakan lah supaya jodoh aku dengan saiful amnan ni panjang smpi kahwin. InshaAllah.

Okay next....

Since dah start kerja ni kan... Nak jumpa kawan2 pun tak dan weh. Cedeyh betul. Tapiii lagi sedih bila tahun ni beraya tak mcm tahun sebelum2 ni. Huhu maybe semua busy. Takpelah, where ever you guys im just pray that Allah safe you from any danger. Amin.

Dengan Iza gemuk tu ish lagi lah. Mai pun sama. hahah kemon lah join aku g Langkawi next month.

Hmm, apa lagi yekkk?

Aku rasa tu je kot. So nanti kalau rajin+ada masa+idea i will talk to you guys later. Ini namanya random type since today tak g work sebab demam panas. hehehe doakan cepat sihat.

Bye..

xoxo,
Nadiah


February 23, 2016

Penang January 2016

Finally , i've got the chance to updating my blog again.. Phew

Last January, aku,mai dgn iza p Penang! hahahaha walaupun pakai redah je p sana but alhamdulillah it was funnn bebeh.

Penat lah bad mood,sakit jiwa,gelak,penat semua sekali

dua bulan macam tu kitaorang plan nak p penang.Akhirnya tercapai jugak. Why penang? Entah sebab mcm best jelah kan..

So here we go...

9/1 tu last paper forensic,ticket flight kitaorg pkul 7pagi (10/1) mcm tu. So malam lepas habis paper tu p tgk Dilwale. Acah-acah release tension lepas exam la kan.

Nasib lah abang sayang dgn kawan dia sudi hantar kat airport (kahkahkah)
Berjaga tak tidur dekat airport,AHAHA. Tapi aku mai dengan iza bantai p tidoq dekat surau airport.

So ni cerita kelakar k. Kan kitaorg (aku,mai,iza) first time naik flight. hahah hampir-hampir nak kena tinggal okay?! dah lah tak tau luggage letak mana. sekali masa p kuanter letak beg dah tutup. takut betul kalau kena tinggal flight,mmg trauma la kan hahah dah la first time.

Dah la bayar duit flight ticket tu including duit utk luggage *nangis*

okay semua relaks jee. last-last berkejar kitaorg g departure hall. hahaha dah la jauh *nangis lagi sekali*
so da scan semua barang,maka relaks la kejap naik dalam flight tu hehehehe nervous tau kalau kena tggl T_T




Paling kelakar masa naik flight tu,tak sempat nak tidur da sampai penang. Wuish lawak. 45 minit je. penat borak-borak dgn diaorg semua *emoji gelak*

Lawanyaaa awan masa tu.. cantik. Sebab kitaorg gerak pagi kan. Since pagi je ticket murah sikit :)





Okay dah sampai bayan lepas airport tu tak tau nak g mana. hahaha pastu google lah. Pastu dah sampai dekat bus station tu tak tau jalan g hotel. btw orang penang ni baik-baik belako. hahaha nampak kami mcm nak sesat. padahal hotel kitaorg tu dekat okay dengan bus station. cuma time tu x nampak kan. nama hotel kitaorg ddk tu Neo + hotel. Best okay hahah




Masa sampai tu, kitaorg xleh nak check in lagi. Baru pkul 10 lebih kot. Check in sepatutnya pukul 12. hahaha punya melepet masing-masing depan lobby tu. haha nasib la ada sofa boleh tidur. So kitaorg check in awal. dalam pkul 11 mcmtu. Memng tak nampak apa-apa lah kan. Masuk je bilik terus tidur. Sampai la pkul 2 mcmtu.

Penat weh. Menangis bulu kaki hahah

So lepas mgrb kitaorg jalan carik makanan sebab semua dah lapar. Gigih gler jalan kaki g 7e. hahaha lepas tu kitaorg makan mamak last2. sebab malas nak jalan jauh2.

First day dekat penang banyak tidur,sebab penat. haha dah la baru habis exam. otak pun tak betul. dgn emotion unstable lagi. mmg cepat je naik angin kahkahkah sabo jelah

second day dekat penang. tak tempah kereta lg. Ingat nak jalan2 dekat2 je. Sekali sampai ke pasar malam kampung melayu kami g. byk gler makanan.

So pagi tu lepas sarapan, iza dgn mai nak sangat naik feri. hehe ikut kan aje. Pergi balik pulau free, tapi nak g pulau kena bayar 1.20 kot tak igt harga. kira murah lah tu.

Gigih semata-mata nak rasa naik feri haha igtkan dpt makan dekt balik pulau. Tapi mcm takde pape je kat situ. Last kitaorg makan dekat dengan jeti.

Iza sampai dua kali makan. Padahal breakfast banyak gler hahahahaha dasar bela hantu raya betul iza ni kahkahkah


breakfast second day aku dengan iza



 atas feri hehehehe


Lepas dah naik feri tu kitaorg lunch dekat jeti.

 aku makan bakso je. Mai dgn iza makan nasi ayam penyet. iza second round makan bakso haha

So lepas lunch tu,kitaorg pergi rumah terbalik. Which is wayyyyy better than dekat PD masa pergi dengan mai dulu. hahaha maybe sebab ada staff dekat situ tolong kami amik gmbr kot. sooo lets ushing ze photoss





Okay lepas g ups side down punya rumah. Kitaorg mcm awal je lagi nak balik. Last-last kitaorg g pasar malam. Sebab masing-2 kebulur hhahaha

Macam naik rapid bas. Dah la g sana at pick hour. Mmg jam la kan. Lama gila kena berdiri dalam bas. hahah penat gile. rasa nak tidur.

Masa dekat pasar malam tu , mmg beli apa yg nak makan je. Nothing special,sma je dgn pasar malam dekat kl @ bahau hehe

nasi lemak dia lain macam sikit hee
 
so lepas tu sampai hotel mandi makan solat semua then semua dah tidur hahahaha awal gler tidur. SEBAB PENANG IS HOT NAK MAMPUIH hahaha berkecik peluh

Third day dekat penang, kami da tempah kereta. Okay la kereta axia. Jimat minyak. Mai yang drive.




Pagi hari ketiga tu, breakfast dengan mai. Lepas tu pkul 9 lebih macam tu. Kitaorg mandi kolam. HAHAH weh penat gler gelak dekat kolam. Iza paling kelakar. Kabut betul minah tu.
Kolam dekat neo hotel tu okay la. Tkade la besar sgt. Since hotel tu tgh2 bandar. pastu hotel tu kolam dia kat level atas sekali. haha kira okay la kot.

Kami pun bukan nak sgt berenang,just nak berendam mcm badak je dalam tu. Cukup satu jam berendam, kami naik blik siap2 sbb abg htr kereta tu da nak smpai hotel.

So dah dapat kereta,kitaorg g makan pasembuq.




cendol pulut nyam nyam

Lepas makan kami igt nak p bukit bendera. yelah. Apa la guna p penang tapi tak g bukit bendera. Tapi sedih woih,rupa2nya bukit bendera da dua mggu renovation. Sedih glerrr. hancur hati hahaha

Tak jadi g bukit bendera kami jalan2 dekat yang ada gambar mural tu. hahaha sewa basikal. hahaha seronok. igtkan mural tu dekat2. rupanya jauh2. penat je jalan kaki 





 
 sebenarnya give up naik basikal sebab tak jumpa semua lukisan tu. last-2 kami jalan2 bersiar-siar je petang tu hehe penat kayuh.

Malam tu kami makan nasi kandar beratur. amboi mmg beratur. lama tau. dia bukak pkul 10. kami dah beratur pkul 9.30

dating!!
 



sedap nak meninggal hahaha shud try this again

lepas makan semua dah tidur.....

Okay last day dekat penang. Nothng much we can do. Makan nasi 7 benua and p taman bunga..... merawat luka x dpt naik bukit bendera huhuhuh







Since flight kitaorg petang lepas asar. Kitaorg decided nak dtg awal. Sebab tak jadi mcm hari first,haha takut tertinggal flight.

Mereput okay ddk dekat airpot. Da la flight delayed.



 Patut kul 8 lebih flight. Pukul 9 baru naik. Then sampai KL pkul 10 lebih macam tu. wakaka nasib saiful nak jemput, Kalau x mmg naik bas la balik nnt, 

SO OVERALL OKAY LA TRIP KE PENANG NI. KENA RANCANG BETUL2. BTW, LIST TEMPAT KITAORG PERGI TU MOSTLY DI TUNAIKAN. CUMA TU LAA. X G BUKIT BENDERA.

ANYWAY,DUIT SEMUA TERMASUK FLIGHT TICKETS SEMUA LESS THAN RM500 MCMTU.

SO GUYSS,next kemana kita?

Thank guys, walaupun x semua place kita g. Tapi okay la dripada takde kan. Yg lawak nye dalam flight tu haahah adoi.

Byeee,see you soon.

Much love,
Nadiah